Showing posts with label RM100m. Show all posts
Showing posts with label RM100m. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Police Report on RM100m Fund Raised To Overthrown Our President
























Saya Chu Kong Ming No K.P xxxxxx-12-xxxx, nombor ahli parti: SD1400xxx-xx yang kini memegang jawatan sebagai seorang ketua Cawangan MCA cawangan Kampung Sembulan Baru, dalam MCA Bahagian Putatan, bermastautin di alamat 51 Sembulan Baru, ingin membuat laporan polis terhadap Presiden Parti MCA merangkap Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Ong Tee Keat di atas kenyataan yang disiarkan dalam semua media cetak dan media elektronik baru-baru ini yang mendakwa serta menuduh bahawa ada ahli-ahli parti MCA telah berkerjasama dan bersubahat dengan pengaruh-pengaruh dari luar dan telah mengumpul dana berjumlah sebanyak RM100 juta untuk menjatuhkahbeliau sebagai Presiden MCA.


Sebagai seorang pemimpin akar umbi Parti MCA, saya merasa dakwaan dan tuduhan terbuka yang dibuat oleh Dato’ Seri Ong Tee Kiat ini adalah serius memandangkan beliau adalah seorang Presiden parti yang dipilih secara sah oleh perwakilan parti pada 18 Oktober 2008. Tetapi berikutan dengan tuduhan dan dakwaan beliau, para perwakilan merasa tertekan dan terhina kerana merekalah orang-orang yang memenangkan Dato’ Seri Ong dalam pemilihan parti, menerusi pertandingan demokrasi yang bersih dan adil. Tambahan lagi, kenyataan dan kata-kata Dato’ Seri Ong juga boleh memburukan imej parti MCA serta menimbulkan keresahan, kecurigaandan ketegangan di kalangan ahli partitentang sejauh manakah proses demokrasi dipengaruhi oleh elemen rasuah dan politik wang. Di samping itu, kenyatan ini juga menimbulkan gambaran buruk terhadap integriti pemimpin parti dan kerajaan di kacamata masyarakat umum, sekaligus menghuru-harakan kestabilan politik negara.


Oleh itu, saya merasa amat terpanggil untuk membuat laporan polis ini supaya siasatan boleh dilakukan untuk menentukan kesahihan dakwaan dan tuduhan Dato’ Seri Ong Tee Keat demi menjaga nama baik Parti MCAdan kerajaan. Sebagai ahli parti yang setia lagi taat, saya tidak sampai hati melihat imej parti dan kerajaan sengaja diburuk-burukkan oleh dakwaan dan tuduhan yang mungkin berbau politik semata-mata. Saya menyokong penuh tindakan pihak polis menggunapakai apa jua peruntukan undang-undang yang sedia ada untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, jika siasatan dapat membuktikan kesahihan dakwaan dan tuduhan tersebut.


Bersama-sama ini disertakan keratan akhbar dan juga cakera padat yang berkaitan dengan kenyataan Dato’ Seri Ong Tee Kiat tersebut untuk membantu siasatan yang bakal dijalankan oleh pihak tuan.